//Sweet Cat
sweet owner

Navigation : touch hover image



Diaries Owner Linkies Stuff

hello peeps ! welcome to superb blog :D COmel a.k.a Dik Mey!


Comel a.k.a meymey
rumah tuan sy
ikan
xde emel...tumpang glamer je kt cni

Bigfoots!



Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: SitiSyuhadah
Re-Edited By: Dik Mey
Others: ? ? ?


awas..jerat valentine



Pelik kan, katanya kita ini seorang Islam, tetapi kenapa kita meniru ajaran agama lain?
Hadis Rasulullah s.a.w:" Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu".

Firman Allah s.w.t. dalam Surah AL Imran (keluarga Imran) ayat 85 :"Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi".


Nak ke kita menjadi orang yang rugi? Di dunia pun kita rugi kerana konon-kononnya "menghadiahkan" cinta dan kasih sayang kita kepada kekasih yang belum tentu akan menjadi pasangan kita hingga syurga. Inikan pula di akhirat?
Sebagai seorang muslim tanyakanlah pada diri kita sendiri, apakah kita akan mencontohi begitu saja sesuatu yang jelas bukan bersumber dari Islam ?
Valentine Day adalah Hari cinta atau hari nafsu??
Tujuan mencipta dan mengungkapkan rasa kasih sayang di bumi adalah baik. Tetapi ianya bukanlah  untuk seminit untuk sehari dan sehari untuk setahun. Dan bukan pula ia bererti kita harus berkiblat kepada Valentine seolah-olah meninggikan ajaran lain di atas Islam. Islam diutuskan kepada umatnya dengan memerintahkan umatnya untuk berkasih sayang dan menjalinkan persaudaraan      yang abadi di bawah naungan Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Malah  Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Tidak beriman salah seorang di antara kamu sehingga ia cinta kepada saudaranya seperti cintanya kepada diri sendiri".

Cinta itu adalah penghormatan, tanggungjawab, ambil berat dan menerima seadanya. Tetapi pada hari valentine itu, ramai remaja yang menyambut hari valentine bersama-sama sehingga menyebabkan keterlanjuran atau perlakuan sosial di luar batas. Dan pada pendapat saya, bila berkelakuan sedemikian, itu bukanlah cinta namanya tetapi nafsu.
Tak tahukah kita bila kita berdua-duaan itu akan ada pihak ketiga dan pihak ketiga itu adalah syaitan. Dan bila ada syaitan itu, dihasut-hasutnya kita supaya melakukan perkara yang dilarang Allah SWT. Dan bila kita melakukan perkara yang dilarang oleh Allah itu kita akan mendapat kesusahan dan juga dosa.
Tak usahlah kita menyambut Hari Valentine yang kononnya diangkat sebagai Hari berkasih sayang itu. Lebih baik kita berkasih sayang dengan Tuhan kita yang satu,Allah SWT kerana Allah itu kan bersifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim. InsyaAllah jika mencintai Allah dan menyayangi seseorang kerana Allah, kita akan mendapat manfaat dan kebahagiaan.
Menurut kata-kata peguam Zulkifli Nordin "VALENTINE" itu adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 pula adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini umumkan atau isytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana padanya Islam adalah Zalim!!!  Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. Semoga kita Semua dapat mengambil pengajaran. Jadi.. mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini kerana hari itu adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol?